Rabu, 18 November 2015

Peruntukan Untuk Sekolah Vernakul

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 17 November 2015 di Dewan Rakyat

Dalam Bajet 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM800 juta untuk membangunkan dan menyelenggarakan fasiliti pendidikan. Daripada jumlah itu, RM450 juta disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, RM50 juta untuk SJKC, RM50 juta untuk SJKT, RM 50 juta untuk sekolah Mubaligh, RM50 juta untuk sekolah berasrama penuh, RM 50 juta untuk sekolah Agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk MRSM, RM25 juta untuk sekolah pondok dan RM 25 juta untuk Sekolah Menengah Cina.
Tetapi dalam Bajet 2016 yang dibentangkan hanya RM500 juta disediakan untuk semua sekolah yang berkenaan. Terdapat pengurangan sebanyak RM300 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah. Kenapakah kerajaan tidak menunjukkan pecahan peruntukkan untuk setiap jenis sekolah seperti dalam bajet 2015?
Adakah kerajaan cuba menutup sesuatu? Saya cukup khuatir kerana kerajaan pasti akan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah kebangsaan dan menganak tirikan sekolah-sekolah vernakular.  Peruntukkan khusus untuk sekolah-sekolah vernakular telah sengaja disenyapkan.
Saya bimbang sekolah-sekolah vernakular akan dimangsakan dalam perebutan peruntukan oleh semua sekolah-sekolah lain. Tegasnya, saya meminta Menteri Pendidikan untuk memberi pecahan peruntukan mengikut jenis sekolah untuk  mengelakkan sebarang salah laku jika kerajaan tidak mempunyai apa-apa niat jahat dalam hal ini.
Dalam bajet 2015, 56.25% telah diperuntukkan untuk Sekolah Kebangsaan. Manakala Sekolah  Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Agama menerima 6.25%  masing-masing daripada jumlah peruntukan keseluruhabnya. Jika proposi yang sama diguna pakai, maka  Sekolah Kebangsaan harus meneerima RM281.25 juta dalam bajet 2016. Manakala Sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Agama patut menerima sekurang-kurangnya RM31.25 juta masing-masing. Tetapi, Kementerian Pendidikan gagal memberi agihan seperti ini untuk memudahkan semua pihak.
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan semalam dalam menjawab perbahasan;
Pada dalam bajet 2016 tidak ada pecahan seperti tahun-tahun yang lalu. Pihak Kementerian belum lagi membuat pengagihan lagi.
Ini adalah satu jawapan yang tidak boleh diterima. Nyata terdapat  udang disebalik batu dalam jawapan Menteri yang mempunyai maksud tersirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan